Bawa Pesakit Dementia Naik LRT3
Hari ini bawa ayah, 83 thn, yang hidap dementia sejak 2023 naik LRT3. Masih elok lagi dia berjalan, makan, cuma perlu reassure dia kat mana lokasi, pukul berapa, berapa hb, nak buat apa hari ini.
Kadang masa dia lost akan geledah rumah, pernah panjat pagar keluar merayau sampai orang jumpa hantar balai.
Sekarang yang duduk bersama dia abang dengan mak, saya dah kahwin duk tempat lain, cuba balik selang hari bagi aktiviti, bawa keluar kedai kopi atau taman, tengok orang, bersosial, ubah keadaan sekeliling untuk stimulate otak dia supaya perlahankan down trend dementia.
Antara idea aktiviti di rumah:
Main board game, snake and ladder, puzzle, uno, stacker etc
Buat soal jawab matematik
Spelling ejaan
Kira duit
Tanya soalan berkaitan hari
Bercakap bahasa lain lain yang dia faham
Ayah saya kerja sebagai setiausaha persatuan pedagang cina, sampai umur 80 tahun. Dia kena katarak, buat surgeri, tidak pulih penglihatannya sebab saraf mata dah uzur. Bila tak berapa nampak, maka tidak boleh menulis, membaca. Terpaksa berhenti kerja. Lepas berhenti, tiada hala tuju dan hari hari di rumah, otak kurang cergas, maka dementia dah mula naik.
Self realization: bila time muda, fikir, cakap dan buat benda baik baik sahaja. Sebab nanti dah tua, benda tu akan ulang tanpa disedari.
Sebenarnya lepas dia kena dementia, dia tak ingat dah barang fisikal yang dia ada, dulu seorang yang suka simpan barang melampau (hoarding), bila kami nampak dia dah tak ingat/tak kisah, kami mula organize barang dia (ambil masa 3 bulan untuk buang barang yang dah rosak/tak guna), kosongkan bilik dia supaya lebih kemas dan normal untuk manusia huni. Siapa yang tahu sikap hoarder, faham faham sajalah. Satu2nya positif yang saya rasa dari dementia ayah, kami dapat kemaskan balik bilik dan dia selesa di ruangan yang lebih lapang, kemas dan teratur. Kami dapat release energy yang tak baik dari sikap suka hoarding ini.
Dementia ayah juga telah membolehkan kami maafkan apa2 kejadian negatif yang pernah menimpa keluarga dulu dulu masa kecil (hubungan mak ayah tak berapa sangatlah), saya maafkan memori tidak indah, maafkan diri saya dan sebenarnya healing bagi semua orang. Sekarang cuma perlu amalkan sikap positif, dan apa hal yang dia buat, kita anggap saja dia tu comel. Kadang2 dia buat hal, kami anggap dia macam budak kecik tak pandai lagi.

Comments
Post a Comment