Posts

Showing posts from August, 2026

Senarai Makanan Lembut untuk Warga Emas Tiada Gigi

Image
  Ayah saya yang berusia 83 tahun telah kehilangan sebahagian besar giginya tetapi enggan cabut gigi yang tinggal untuk membuat gigi palsu di klinik kerajaan. Pemikiran negatif awal ialah 'oh saya sudah tua, tiada gigi, tidak boleh makan, hidup saya sengsara'. Sila galakkan mereka untuk mencuba makanan baharu. Adalah penting untuk mengambil makanan pejal yang mencukupi supaya sistem badan normal dan terdapat makanan untuk dihadam dan menggalakkan pergerakan usus. Berikut adalah senarai makanan lembut yang boleh diambil oleh ayah saya, untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang menjaga warga emas. Tauhu putih Tauhu telur Kentang Ubi kayu Ubi keledek Ikan kukus Salmon Bawal Roti Kek Telur kukus Telur rebus Telur masin Bebola ayam (dicincang, dicampur dengan tepung jagung, diperap dengan minyak bijan dan kicap soya cair, kemudian digumpal dan direbus dalam sup) Bayam masak sup ikan bilis Brokoli masak sampai lembut Lobak merah Kobis bunga Terung Taufufa Bendi lembut (bendi tanam sendi...

Bawa Pesakit Dementia Naik LRT3

Image
  Hari ini bawa ayah, 83 thn, yang hidap dementia sejak 2023 naik LRT3. Masih elok lagi dia berjalan, makan, cuma perlu reassure dia kat mana lokasi, pukul berapa, berapa hb, nak buat apa hari ini. Kadang masa dia lost akan geledah rumah, pernah panjat pagar keluar merayau sampai orang jumpa hantar balai. Sekarang yang duduk bersama dia abang dengan mak, saya dah kahwin duk tempat lain, cuba balik selang hari bagi aktiviti, bawa keluar kedai kopi atau taman, tengok orang, bersosial, ubah keadaan sekeliling untuk stimulate otak dia supaya perlahankan down trend dementia. Antara idea aktiviti di rumah: Main board game, snake and ladder, puzzle, uno, stacker etc Buat soal jawab matematik Spelling ejaan Kira duit Tanya soalan berkaitan hari Bercakap bahasa lain lain yang dia faham Ayah saya kerja sebagai setiausaha persatuan pedagang cina, sampai umur 80 tahun. Dia kena katarak, buat surgeri, tidak pulih penglihatannya sebab saraf mata dah uzur. Bila tak berapa nampak, maka tidak boleh...

Perbualan Lucu dengan Pesakit Dementia

Cuba kongsikan perbualan lucu yang pernah kamu bual dengan mak ayah yang ada dementia... Versi saya:- Ayah yang dah pencen 3 tahun lepas (dia kerja sehingga usia 80 tahun sebagai setiausaha persatuan pedagang cina). Ayah: nanti bos saya nak datang ambil saya pergi mesyuarat saya: mesyuarat apa tu? ayah: mesyuarat dengan reporter saya: dah sediakan kertas, pen dan minit mesyuarat ke? ayah: rasanya dah.. saya: jom salin baju. Kena pakai cantik sikit lah. Pukul berapa dia nak datang? ayah: pukul 3 dia bilang. saya: Ok jom kita siap. Sambil tu saya terus borak dengan dia cari peluang untuk tukar topik. Kalau berlanjutan. saya akan bawa dia keluar jalan jalan sampai dia lupa apa yang dia cakap tadi. Kalau tak jadi juga, kena bagi tau perkara sebenar yang dia dah bersara. Benda pasal kerja tu biarlah orang muda yang buat. Kita enjoy benda lain pula.. Pada pendapat saya, penting untuk kita role play dengan dia, jangan melawan dulu walaupun apa yang dia cakap tu tak betul. Main jer watak dalam...